Memaparkan catatan dengan label pvma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pvma. Papar semua catatan

Selasa, 19 September 2017

Lulus kursus Pegawai Pengajar Vokasional (VTO)

Hari ini saya mendapat khabar bahawa saya telah lulus dan layak sebagai Pegawai Pengajar Vokasional (VTO).

Kelulusan ini penting bagi membolehkan saya mengajar bidang HVAC di sekolah saya kini kerana ianya merupakan salah satu pra-kelayakan untuk menjadi tenaga pengajar di bawah program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di bawah kelolaan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Bagi membantu rakan-rakan yang akan mengikuti kursus VTO, saya sertakan di sini bahan berkenaan kursus VTO yang telah saya hadiri.

Saya sudahpun sebenarnya mendapat sijil VTO beberapa bulan yang lalu, namun saya tidak pula terfikir untuk menulis berkenaannya di sini.



Maklumlah, laman blog ini agak 'terbengkalai' sejak saya mengambil keputusan tidak lagi memohon sebagai Guru Cemerlang.

Apapun, mendapat kelayakan VTO ini adalah selangkah untuk memperkasakan Pendidikan Teknik & Vokasional di SMK Matang Jaya.

Rabu, 19 Oktober 2016

Dokumen PPU bagi SKM 2 & 3

Atas permintaan ramai, di sini saya kongsikan dokumen-dokumen berkaitan penganugerahan SKM yang sya rasakan berkaitan.

Bagi pelatih-pelatih yang akan mengambil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi Penyejukan dan Penyamanan Udara, berikut adalah dokumen-dokumen yang mungkin boleh membantu.


*Jika ada fail yang tidak dapat dibuka terus, sila pilih untuk download fail tersebut terus kerana ianya kemungkinan terlalu besar untuk hanya 'di-preview'.

Selasa, 20 September 2016

Bengkel Peningkatan Kemahiran Penyejukan & Penyamanan Udara di UTeM, Melaka

Pada 5 - 9 September yang lalu, saya telah ke Melaka bagi menghadiri Bengkel Peningkatan Kemahiran (BPK) bagi Penyejukan dan Penyamanan Udara di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Antara sesi pembelajaran semasa bengkel


Bengkel selama lima hari itu memberi pendedahan banyak berkenaan sistem ventilasi dan kaedah menservis penyaman udara jenis inverter dan bukan inverter.

Turut ditekankan adalah pendawaian 3-fasa dimana kami perlu menjalankan amali berkaitan.

Lagi gambar semasa bengkel, termasuk taklimat bersama Pn Sabariah


Pada sebelah malamnya, sesi bersama Puan Sabariah telah dibuat pada hari kedua-dimana beliau memberi intipati berkenaan hala-tuju progran Pendidikan Vokasiaonal Menengah Atas (PVMA) yang kini kami sedang jalankan.

Menurut Pn Sabariah lagi, ini berkemungkinana merupakan kursus BPK yang terakhir pada tahun ini.

Bahan softcopy bengkel boleh diperolehi di sini.

Isnin, 29 Ogos 2016

Bengkel Pembangunan Portfolio SKM PPT IKBN-BPTV Siri III

Pada 22-25 Ogos lalu, saya telah sekali lagi ke Sepang, untuk melengkapkan siri ke-3 Bengkel Pembangunan Portfolio.

Pada edisi kali ini, kami telah diperkenalkan dengan Penilai Penilai (PP), En Kadir bin Kechik yang akan memastikan portfolio kami lancar bagi disemak oleh Pegawai Penilai Luar (PPL).

En Kadir telah membimbing kami dengan baik dari hari pertama (22 Ogos), sehingga ke hari penilaian (24 Ogos).

Buat kerja hingga larut malam


Untuk memastikan segalanya berjalan lancar, semua kami di dalam kumpulan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (PPU) telah bertungkus lumus sehingga larut malam, dan awal pagi untuk memastikan portfolio kami siap sebaiknya.
Bersama En Kadir dan pegawai JPK


Pada 23 Ogos, PPL kami, En Azhar telah datang untuk menyemak portfolio kami.  Saya yang telah siap kedua-dua portfolio SKM 2 dan 3, digesa oleh En Kadir agar menghantar sekali pada 24 Ogos, namun En Azhar menolak permintaan penghantaran tersebut dengan alasan ingin menyemak satu persatu.

Kumpulan PPU dengan sijil


Di akhir kursus tersebut, saya telah lulus SKM 3, dan perlu melaksanakan lagi SKM 3.  Mengikut En Kadir, pengalaman pengurusan warranti dalam bidang penghawa dingin saya tidak mencukupi, sekaligus mengakibatkan saya gagal lulus SKM 3.

Selasa, 2 Ogos 2016

Pemantauan sesi pengajaran PVMA-PPU oleh sekolah

Pada hari ini, Pn Pengetua, Puan Hajah Zakiah telah saya jemput untuk datang memantau sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi PVMA-PPU.

Kelas yang bermula pada jam 7:50AM sehingga jam 9:50AM menyaksikan saya membuat penerangan berkenaan 'Budaya Kerja' bagi seorang juruteknik Pengejukan dan Penyamanan Udara.

Pn Pengetua memberi demo dan penerangan berkenaan pengalaman beliau.


Teruja dengan tajuk yang diberi, Pn Pengetua telah turut sama menyerikan sesi PdP dengan memberi perkongsian peribadi beliau sendiri berkaitan dengan tajuk 'Budaya Kerja' yang saya sedang sampaikan.  Beliau turut meminta seorang pelajar untuk ke hadapan menjadi 'model' kepada kelas.

Bagi saya, perkongsian Pn Pengetua sememangnya adalah satu 'fresh air' bagi budak-budak PPU kerana beliau sememangnya boleh juga berkongsi pengalaman hidup beliau.


Khamis, 28 Julai 2016

Bengkel Penyelenggaraan Unit Penghawa Dingin di IKBTN Sepang

Semasa Bengkel Pembangunan Portfolio SKM 1, 2 dan 3 di IKBTN Sepang, bengkel pendek berkenaan Pemasangan dan Penyelenggaraan Unit Penghawa Dingin telah juga dilaksanakan untuk semua tenaga pengajar PPU.

Penerangan teori oleh En Zali Zam di Bengkel Hidraulik IKTBN Sepang


Bagi guru-guru aliran Penyejukan & Penyamanan Udara (PPU), bengkel teori dan amali telah dijalankan oleh En Zali Zam dan En Fitri di Makmal Hidraulik, dimana semua guru telah didedahkan dengan:

1) Komponen asas unit penyamanan udara
2) Kitar penyejukan
3) Aksesori unit penyaman udara
4) Kaedah pengiraan keperluan kuasa unit penyamanan udara
5) Jenis-jenis penyamanan udara
6) Penyelenggaraan alat penyamanan udara
7) Pemasangam alat penyamanan udara

Perkongsian maklumat, serta bengkel pendek ini telah membolehkan semua guru menambahkan ilmu berkenaan bidang yang diajar di sekolah.

Penerangan tentang kaedah penyelenggaraan unit luar oleh En Fitri

Guru-guru juga turut diberi peluang menyelenggara sendiri unit penyaman udara bagi memastikan mereka tahu dan berkebolehan membuat peyelenggaraan.  Menurut En Fitri, 'hands on skills' bagi guru-guru penting kerana mereka akan mengajar pelajar di sekolah, dan pengalaman melakukan kerja-kerja tersebut penting bagi memastikan guru mudah memberi didikan kepada pelajarya.


Kerja-kerja penyelenggaraan dalam pada itu dilakukan sepanjang hari, dengan diakhiri oleh kerja melakkukan flaring di Bengkel kimpalan IKTBN Sepang.

Aktiviti amali dan gambar bersama tenaga pengajar IKTBN Sepang selepas sesi bengkel

Selain daripada memberi lebih kemahiran kepada guru, bengkel teori dan amali PPU ini juga membolehkan guru-guru PPU mendapatkan sijil yang amat diperlukan sebagi bukti ketrampilan bagi penganugerahan sijil SKM 2.  Kesemua aktiviti telah dipantau oleh fasilitator bagi kumpulan PPU, En Nazeeb dari IKTBN Sepang.

Secara amnya, perkongsian semasa sesi bengkel membawa banyak manfaat kepada semua guru, dan saya secara peribadi merasakan bahawa ianya telah memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran saya di dalam bidang PPU.

Selasa, 12 Julai 2016

Panggilan Bengkel Pembangunan Portfolio SKM 2 & 3 bersama IKBN Sepang - Siri II

Telah mendapat surat rasmi daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPN Sarawak) untuk menghadirkan diri ke Bengkel Pembangunan Portfolio bagi mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia 2 & 3 pada minggu hadapan.

Menurut surat tersebut, bengkel tersebut akan diadakan di IKBN Sepang, dan juga Hotel Empress, Sepang.

Surat jemputan ke Bengkel Pembangunan Portfolio SKM Siri II

Penyelaras bagi matapelajaran Penyejukan dan Penyamanan Udara (PPU) telah memaklumkan kepada saya bahawa beliau berharap bahawa semua Fail Portfolio boleh disiapkan pada kali ini agar Siri ke-III kelak lebih mudah dijalankan.

Beliau juga memaklumkan bahawa peserta kursus kali ini akan duduk bersama Pegawai Penilai bagi memastikan fail yang dibangunkan memenuhi kriteria penilaian SKM.

Dengan yang demikian, saya akan keluar lagi dari sekolah untuk seminggu, dan ini bermaksud pelajar kelas 4TT, 1G, 1M dan 1C terpaksa bersama guru ganti sepanjang minggu hadapan.

Selasa, 15 Disember 2015

Sekolah yang menawarkan Penyejukan & Penyamanan Udara di Sarawak

Kursus Pendidikan Vokasional Menengah Atas aliran Penyejukan dan Penyamanan Udara (PPU) hanya ditawarkan di beberapa buah sekolah di Sarawak.

Sekolah-sekolah ini dianggap sekolah rintis bagi PVMA-PPU dan jika projek rintis ini berkesan, PVMA-PPU akan diperluaskan ke sekolah lain.

Buat masa ini, hanya beberapa sekolah di Sarawak menawarkan kursus PVMA-PPU.  Mereka adalah:

SMK PENDING, KUCHING
Lot 6410, Blok 10, Kuala Baram Land District, 98100 Miri, Sarawak, Malaysia

SMK MATANG JAYA, PADAWAN
Taman Matang Jaya, Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.

SMK MERBAU, MIRI
Lot 6410, Blok 10, Kuala Baram Land District, 98100 Miri, Sarawak, Malaysia