Rabu, 5 Mac 2014

VIDEO: Penyelenggaraan Berjadual Unit Penyamanan Udara

Semua orang boleh menyelenggara alat penyaman udara, khususnya alat penyaman udara unit pisah. Penyelenggaraan asas bagi unit penyaman udara di rumah adalah amat mudah, dan tidak memerlukan kepakaran khusus.

Malahan, anda juga tidak memerlukan bahan yang mahal dimana sebuah tangga, air bersih dan span sudah mencukupi.

Jika anda mahu mengupah orang menyelenggara unit penghawa dingin anda, kos bagi penyelenggaraan asas boleh bermula pada kadar RM30 seunit, manakala kos penyelenggaraan lebih rumit, termasuk 'overhaul' boleh menelan kos RM90 ke atas.

Bagi yang berminat menyelenggara unit penyaman udara jenis pisah (paling biasa didapati di rumah kediaman sekarang) secara sendiri, dibawah saya sertakan video penyelenggaraan berjadual unit penyamanan udara tersebut untuk rujukan bersama.


Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan