Hari ini saya mendapat khabar bahawa saya telah lulus dan layak sebagai Pegawai Pengajar Vokasional (VTO).
Kelulusan ini penting bagi membolehkan saya mengajar bidang HVAC di sekolah saya kini kerana ianya merupakan salah satu pra-kelayakan untuk menjadi tenaga pengajar di bawah program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di bawah kelolaan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Bagi membantu rakan-rakan yang akan mengikuti kursus VTO, saya sertakan di sini bahan berkenaan kursus VTO yang telah saya hadiri.
Saya sudahpun sebenarnya mendapat sijil VTO beberapa bulan yang lalu, namun saya tidak pula terfikir untuk menulis berkenaannya di sini.
Maklumlah, laman blog ini agak 'terbengkalai' sejak saya mengambil keputusan tidak lagi memohon sebagai Guru Cemerlang.
Apapun, mendapat kelayakan VTO ini adalah selangkah untuk memperkasakan Pendidikan Teknik & Vokasional di SMK Matang Jaya.
Memaparkan catatan dengan label SKM. Papar semua catatan

Selasa, 19 September 2017
Rabu, 19 Oktober 2016
Dokumen PPU bagi SKM 2 & 3
Atas permintaan ramai, di sini saya kongsikan dokumen-dokumen berkaitan penganugerahan SKM yang sya rasakan berkaitan.
Bagi pelatih-pelatih yang akan mengambil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi Penyejukan dan Penyamanan Udara, berikut adalah dokumen-dokumen yang mungkin boleh membantu.

- PORTFOLIO CALON (PELAJAR) SKM TING. 4
- PORFOLIO CALON (PELAJAR) SKM TING. 5
- NOSS HVAC SKM 2 PPU: INSTALLATION, SERVICING, TROUBLESHOOTING & REPAIR (2016)
- NOSS HVAC SKM 3 PPU: INSTALLATION AND MAINTENANCE SUPERVISION (2016)
*Jika ada fail yang tidak dapat dibuka terus, sila pilih untuk download fail tersebut terus kerana ianya kemungkinan terlalu besar untuk hanya 'di-preview'.
Selasa, 20 September 2016
Bengkel Peningkatan Kemahiran Penyejukan & Penyamanan Udara di UTeM, Melaka
Pada 5 - 9 September yang lalu, saya telah ke Melaka bagi menghadiri Bengkel Peningkatan Kemahiran (BPK) bagi Penyejukan dan Penyamanan Udara di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Bengkel selama lima hari itu memberi pendedahan banyak berkenaan sistem ventilasi dan kaedah menservis penyaman udara jenis inverter dan bukan inverter.
Turut ditekankan adalah pendawaian 3-fasa dimana kami perlu menjalankan amali berkaitan.
Pada sebelah malamnya, sesi bersama Puan Sabariah telah dibuat pada hari kedua-dimana beliau memberi intipati berkenaan hala-tuju progran Pendidikan Vokasiaonal Menengah Atas (PVMA) yang kini kami sedang jalankan.
Menurut Pn Sabariah lagi, ini berkemungkinana merupakan kursus BPK yang terakhir pada tahun ini.
Bahan softcopy bengkel boleh diperolehi di sini.
![]() |
| Antara sesi pembelajaran semasa bengkel |
Bengkel selama lima hari itu memberi pendedahan banyak berkenaan sistem ventilasi dan kaedah menservis penyaman udara jenis inverter dan bukan inverter.
Turut ditekankan adalah pendawaian 3-fasa dimana kami perlu menjalankan amali berkaitan.
![]() |
| Lagi gambar semasa bengkel, termasuk taklimat bersama Pn Sabariah |
Pada sebelah malamnya, sesi bersama Puan Sabariah telah dibuat pada hari kedua-dimana beliau memberi intipati berkenaan hala-tuju progran Pendidikan Vokasiaonal Menengah Atas (PVMA) yang kini kami sedang jalankan.
Menurut Pn Sabariah lagi, ini berkemungkinana merupakan kursus BPK yang terakhir pada tahun ini.
Bahan softcopy bengkel boleh diperolehi di sini.
Isnin, 29 Ogos 2016
Bengkel Pembangunan Portfolio SKM PPT IKBN-BPTV Siri III
Pada 22-25 Ogos lalu, saya telah sekali lagi ke Sepang, untuk melengkapkan siri ke-3 Bengkel Pembangunan Portfolio.
Pada edisi kali ini, kami telah diperkenalkan dengan Penilai Penilai (PP), En Kadir bin Kechik yang akan memastikan portfolio kami lancar bagi disemak oleh Pegawai Penilai Luar (PPL).
En Kadir telah membimbing kami dengan baik dari hari pertama (22 Ogos), sehingga ke hari penilaian (24 Ogos).
Untuk memastikan segalanya berjalan lancar, semua kami di dalam kumpulan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (PPU) telah bertungkus lumus sehingga larut malam, dan awal pagi untuk memastikan portfolio kami siap sebaiknya.
Pada 23 Ogos, PPL kami, En Azhar telah datang untuk menyemak portfolio kami. Saya yang telah siap kedua-dua portfolio SKM 2 dan 3, digesa oleh En Kadir agar menghantar sekali pada 24 Ogos, namun En Azhar menolak permintaan penghantaran tersebut dengan alasan ingin menyemak satu persatu.
Di akhir kursus tersebut, saya telah lulus SKM 3, dan perlu melaksanakan lagi SKM 3. Mengikut En Kadir, pengalaman pengurusan warranti dalam bidang penghawa dingin saya tidak mencukupi, sekaligus mengakibatkan saya gagal lulus SKM 3.

| Buat kerja hingga larut malam |
Untuk memastikan segalanya berjalan lancar, semua kami di dalam kumpulan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (PPU) telah bertungkus lumus sehingga larut malam, dan awal pagi untuk memastikan portfolio kami siap sebaiknya.
![]() |
| Bersama En Kadir dan pegawai JPK |
Pada 23 Ogos, PPL kami, En Azhar telah datang untuk menyemak portfolio kami. Saya yang telah siap kedua-dua portfolio SKM 2 dan 3, digesa oleh En Kadir agar menghantar sekali pada 24 Ogos, namun En Azhar menolak permintaan penghantaran tersebut dengan alasan ingin menyemak satu persatu.
![]() |
| Kumpulan PPU dengan sijil |
Di akhir kursus tersebut, saya telah lulus SKM 3, dan perlu melaksanakan lagi SKM 3. Mengikut En Kadir, pengalaman pengurusan warranti dalam bidang penghawa dingin saya tidak mencukupi, sekaligus mengakibatkan saya gagal lulus SKM 3.
Langgan:
Catatan (Atom)