SIJIL KEMAHIRAN M'SIA (SKM)

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) merupakan satu sijil yang dikeluarkan dan diuruskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk mengesahkan bahawa seseorang individu mempunyai kemahiran tertentu.


KAEDAH PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
  1. Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf
    • Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan. 
  2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)
    • Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran. 
  3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)
    • Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian. Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.


FAEDAH PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
  1. Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia
  2. Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
  3. Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.


SYARAT KELAYAKAN MENYERTAI PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia Kaedah Pertauliahan melalui Institusi Latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah :
  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  • Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.
(* Walau bagaimanapun, Pusat Bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih-pelatih mereka)


PUSAT PENTAULIAHAN PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
Pusat Bertauliah bererti penyedia latihan kemahiran yang telah diluluskan oleh JPK untuk mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).Terdapat 5 kategori Pusat Bertauliah, iaitu:-
  1. Pusat Bertauliah Awam (K) 
  2. Pusat Bertauliah Swasta (L) 
  3. Pusat Bertauliah Industri (I) 
  4. Pusat Bertauliah Persatuan (P) 
  5. Pusat Bertauliah Ujian Tanpa Musnah (NDT)

*UNTUK DOKUMEN BERKAITAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) HVAC/PPU, SILA KE SINI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan