Selasa, 26 Julai 2016

Bengkel Pembangunan Portfolio SKM PPT IKBN-BPTV Siri II

Bengkel Pembangunan Portfolio SKM 2 & 3 bagi tenaga pengajar PVMA Siri II berlangsung dari 18-21 Julai 2016.

Sungguhpun demikian, pembangunan portfolio SKM hanya dijalankan pada waktu malam pada hari Isnin, Selasa dan Rabu kerana Bengkel Amali diadakan pada sebelah siangnya.

Guru-guru sedang sibuk membangunkan portfolio masing-masing pada sesi malam.


Penggabungan Bengkel Amali dan Pembangunan Portfolio SKM pada masa sama sememangnya memenatkan dari segi fizikal dan mental kerana banyak yang perlu dilakukan untuk pembangunan portfolio, walaupun sudah penat beramali pada siang hari.

Penyelaras bagi kumpulan PPU,  En Nazeeb sepanjang sesi pembangunan portfolio terus menegaskan keperluan mendapatkan bukti yang mencukupi dan beliau berharap semua bukti bagi mendapatkan SKM 2 dan SKM 3 akan mencukupi pada sesi terakhir Pembangunan Portfolio SKM di Seremban kelak.

Bergambar bersama En Nazeed dan rakan-rakan se-PPU


Selain daripada itu, En Azman,  Penyelaras BPTV mengumumkan beliau akan berubah tugas bermula 1 Ogos.  Beliau walaubagaimanapun menyatakan bahawa pihak BPTV akan terus mengadakan kursus peningkatan bagi Staff BPTV dan peruntukan untuk tahun ini sememangnya mencukupi.

Bengkel kali ini berakhir pada jam 1230PM dengan Majlis Penutupan Rasmi yang menyaksikan pemberian sijil penyertaan bengkel amali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan