Khamis, 28 Julai 2016

Bengkel Penyelenggaraan Unit Penghawa Dingin di IKBTN Sepang

Semasa Bengkel Pembangunan Portfolio SKM 1, 2 dan 3 di IKBTN Sepang, bengkel pendek berkenaan Pemasangan dan Penyelenggaraan Unit Penghawa Dingin telah juga dilaksanakan untuk semua tenaga pengajar PPU.

Penerangan teori oleh En Zali Zam di Bengkel Hidraulik IKTBN Sepang


Bagi guru-guru aliran Penyejukan & Penyamanan Udara (PPU), bengkel teori dan amali telah dijalankan oleh En Zali Zam dan En Fitri di Makmal Hidraulik, dimana semua guru telah didedahkan dengan:

1) Komponen asas unit penyamanan udara
2) Kitar penyejukan
3) Aksesori unit penyaman udara
4) Kaedah pengiraan keperluan kuasa unit penyamanan udara
5) Jenis-jenis penyamanan udara
6) Penyelenggaraan alat penyamanan udara
7) Pemasangam alat penyamanan udara

Perkongsian maklumat, serta bengkel pendek ini telah membolehkan semua guru menambahkan ilmu berkenaan bidang yang diajar di sekolah.

Penerangan tentang kaedah penyelenggaraan unit luar oleh En Fitri

Guru-guru juga turut diberi peluang menyelenggara sendiri unit penyaman udara bagi memastikan mereka tahu dan berkebolehan membuat peyelenggaraan.  Menurut En Fitri, 'hands on skills' bagi guru-guru penting kerana mereka akan mengajar pelajar di sekolah, dan pengalaman melakukan kerja-kerja tersebut penting bagi memastikan guru mudah memberi didikan kepada pelajarya.


Kerja-kerja penyelenggaraan dalam pada itu dilakukan sepanjang hari, dengan diakhiri oleh kerja melakkukan flaring di Bengkel kimpalan IKTBN Sepang.

Aktiviti amali dan gambar bersama tenaga pengajar IKTBN Sepang selepas sesi bengkel

Selain daripada memberi lebih kemahiran kepada guru, bengkel teori dan amali PPU ini juga membolehkan guru-guru PPU mendapatkan sijil yang amat diperlukan sebagi bukti ketrampilan bagi penganugerahan sijil SKM 2.  Kesemua aktiviti telah dipantau oleh fasilitator bagi kumpulan PPU, En Nazeeb dari IKTBN Sepang.

Secara amnya, perkongsian semasa sesi bengkel membawa banyak manfaat kepada semua guru, dan saya secara peribadi merasakan bahawa ianya telah memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran saya di dalam bidang PPU.