Memaparkan catatan dengan label ppu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ppu. Papar semua catatan

Rabu, 19 Oktober 2016

Dokumen PPU bagi SKM 2 & 3

Atas permintaan ramai, di sini saya kongsikan dokumen-dokumen berkaitan penganugerahan SKM yang sya rasakan berkaitan.

Bagi pelatih-pelatih yang akan mengambil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi Penyejukan dan Penyamanan Udara, berikut adalah dokumen-dokumen yang mungkin boleh membantu.


*Jika ada fail yang tidak dapat dibuka terus, sila pilih untuk download fail tersebut terus kerana ianya kemungkinan terlalu besar untuk hanya 'di-preview'.

Selasa, 20 September 2016

Bengkel Peningkatan Kemahiran Penyejukan & Penyamanan Udara di UTeM, Melaka

Pada 5 - 9 September yang lalu, saya telah ke Melaka bagi menghadiri Bengkel Peningkatan Kemahiran (BPK) bagi Penyejukan dan Penyamanan Udara di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Antara sesi pembelajaran semasa bengkel


Bengkel selama lima hari itu memberi pendedahan banyak berkenaan sistem ventilasi dan kaedah menservis penyaman udara jenis inverter dan bukan inverter.

Turut ditekankan adalah pendawaian 3-fasa dimana kami perlu menjalankan amali berkaitan.

Lagi gambar semasa bengkel, termasuk taklimat bersama Pn Sabariah


Pada sebelah malamnya, sesi bersama Puan Sabariah telah dibuat pada hari kedua-dimana beliau memberi intipati berkenaan hala-tuju progran Pendidikan Vokasiaonal Menengah Atas (PVMA) yang kini kami sedang jalankan.

Menurut Pn Sabariah lagi, ini berkemungkinana merupakan kursus BPK yang terakhir pada tahun ini.

Bahan softcopy bengkel boleh diperolehi di sini.

Selasa, 2 Ogos 2016

Pemantauan sesi pengajaran PVMA-PPU oleh sekolah

Pada hari ini, Pn Pengetua, Puan Hajah Zakiah telah saya jemput untuk datang memantau sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi PVMA-PPU.

Kelas yang bermula pada jam 7:50AM sehingga jam 9:50AM menyaksikan saya membuat penerangan berkenaan 'Budaya Kerja' bagi seorang juruteknik Pengejukan dan Penyamanan Udara.

Pn Pengetua memberi demo dan penerangan berkenaan pengalaman beliau.


Teruja dengan tajuk yang diberi, Pn Pengetua telah turut sama menyerikan sesi PdP dengan memberi perkongsian peribadi beliau sendiri berkaitan dengan tajuk 'Budaya Kerja' yang saya sedang sampaikan.  Beliau turut meminta seorang pelajar untuk ke hadapan menjadi 'model' kepada kelas.

Bagi saya, perkongsian Pn Pengetua sememangnya adalah satu 'fresh air' bagi budak-budak PPU kerana beliau sememangnya boleh juga berkongsi pengalaman hidup beliau.


Khamis, 28 Julai 2016

Bengkel Penyelenggaraan Unit Penghawa Dingin di IKBTN Sepang

Semasa Bengkel Pembangunan Portfolio SKM 1, 2 dan 3 di IKBTN Sepang, bengkel pendek berkenaan Pemasangan dan Penyelenggaraan Unit Penghawa Dingin telah juga dilaksanakan untuk semua tenaga pengajar PPU.

Penerangan teori oleh En Zali Zam di Bengkel Hidraulik IKTBN Sepang


Bagi guru-guru aliran Penyejukan & Penyamanan Udara (PPU), bengkel teori dan amali telah dijalankan oleh En Zali Zam dan En Fitri di Makmal Hidraulik, dimana semua guru telah didedahkan dengan:

1) Komponen asas unit penyamanan udara
2) Kitar penyejukan
3) Aksesori unit penyaman udara
4) Kaedah pengiraan keperluan kuasa unit penyamanan udara
5) Jenis-jenis penyamanan udara
6) Penyelenggaraan alat penyamanan udara
7) Pemasangam alat penyamanan udara

Perkongsian maklumat, serta bengkel pendek ini telah membolehkan semua guru menambahkan ilmu berkenaan bidang yang diajar di sekolah.

Penerangan tentang kaedah penyelenggaraan unit luar oleh En Fitri

Guru-guru juga turut diberi peluang menyelenggara sendiri unit penyaman udara bagi memastikan mereka tahu dan berkebolehan membuat peyelenggaraan.  Menurut En Fitri, 'hands on skills' bagi guru-guru penting kerana mereka akan mengajar pelajar di sekolah, dan pengalaman melakukan kerja-kerja tersebut penting bagi memastikan guru mudah memberi didikan kepada pelajarya.


Kerja-kerja penyelenggaraan dalam pada itu dilakukan sepanjang hari, dengan diakhiri oleh kerja melakkukan flaring di Bengkel kimpalan IKTBN Sepang.

Aktiviti amali dan gambar bersama tenaga pengajar IKTBN Sepang selepas sesi bengkel

Selain daripada memberi lebih kemahiran kepada guru, bengkel teori dan amali PPU ini juga membolehkan guru-guru PPU mendapatkan sijil yang amat diperlukan sebagi bukti ketrampilan bagi penganugerahan sijil SKM 2.  Kesemua aktiviti telah dipantau oleh fasilitator bagi kumpulan PPU, En Nazeeb dari IKTBN Sepang.

Secara amnya, perkongsian semasa sesi bengkel membawa banyak manfaat kepada semua guru, dan saya secara peribadi merasakan bahawa ianya telah memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran saya di dalam bidang PPU.

Selasa, 15 Disember 2015

Sekolah yang menawarkan Penyejukan & Penyamanan Udara di Sarawak

Kursus Pendidikan Vokasional Menengah Atas aliran Penyejukan dan Penyamanan Udara (PPU) hanya ditawarkan di beberapa buah sekolah di Sarawak.

Sekolah-sekolah ini dianggap sekolah rintis bagi PVMA-PPU dan jika projek rintis ini berkesan, PVMA-PPU akan diperluaskan ke sekolah lain.

Buat masa ini, hanya beberapa sekolah di Sarawak menawarkan kursus PVMA-PPU.  Mereka adalah:

SMK PENDING, KUCHING
Lot 6410, Blok 10, Kuala Baram Land District, 98100 Miri, Sarawak, Malaysia

SMK MATANG JAYA, PADAWAN
Taman Matang Jaya, Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.

SMK MERBAU, MIRI
Lot 6410, Blok 10, Kuala Baram Land District, 98100 Miri, Sarawak, Malaysia