Selasa, 17 November 2015

Ciri-ciri smartphone yang baik

Pada dewasa ini,  ramai yang ingin membeli telefon pintar (smartphone).

Di sini saya letakkan benda-benda yang perlu diberi perhatian apabila anda membeli sebuah smartphone.



HARGA - Sebuah smartphone biasanya akan digunakan untuk 2-3 tahun.  Selepas itu, akan wujud keinginan untuk menukarkan smartphone itu kerana keperluan teknologi, dan tekanan rakan-rakan. Oleh itu, saya mencadangkan anda tidak berbelanja terlalu banyak untuk sebuah smartphone dengan peruntukan wang sebanyak RM2,000 sahaja diberikan.

PROCESSOR - Terdapat banyak jenis processor pads zaman ini seperti dengan processor jenama MediaTek dan Snapdragon amat popular. Pada amnya, semakin laju processor tersebut, semakin baiklah telefon anda tetapi sila rujuk forum-forum teknologi atau bertanya pendapat kawan berkenaan prestasi processor tersebut kerana ada kalanya processor boleh mengakibatkan smartphone anda menjadi terlalu panas apabila digunakan.

RAM - RAM yang besar membolehkan anda menggunakan smartphone anda secara optimum dan pantas.  Dengan RAM yang besar, anda boleh menggunakan banyak aplikasi pada satu masa (multitasking) dan smartphone anda akan memproses data dengan lebih cepat. Adalah lebih baik jika RAM bersaiz 2GB pada masa kini.



STORAN (HDD)  - Saiz storan yang besar memastikan anda tidak perlu risau apabila ingin menyimpan data. Dengan saiz aplikasi (app)  yang semakin meningkat, saiz storan melebihi 32GB perlu diutamakan.

KAMERA - Pastikan kamera utama smartphone anda melebihi saiz lebih daripada 5 Megapixel (MP).  Ini akan membolehkan gambar yang anda ambil, khususnya untuk tujuan dokumentasi jelas dan cantik. Jika anda ingin mengetahu lebih tentang Megapixels, sila ke sini.

KETAHANAN BATERI - Tiada gunanya memiliki sebuah smartphone jika ianya tidak dapat digunakan.  Pastikan telefon anda mempunyai ketahanan bateri sekurang-kurangmya 10 jam sehari bagi mengelakan anda perlu mengecasnya pada waktu-waktu anda memerlukannya. Saya akui adalah sukar mengetahui ketahanan bateri sesebuah smartphone tetapi smartphone yang bersaiz 5" dan kebawah akan memiliki ketahanan batteri yang baik jika baterinya bersaiz 3,000mAh ke atas.

SISTEM OPERASI - Pemilihan sistem operasi (OS) smartphone anda penting kerana pemilihan OS yang salah boleh menyularkan anda berkongsi maklumat. Sistem operasi Android adalah yang terbaik kerana anda boleh berkongsi maklumat dengan rakan pengguna smartphone dengan mudah, manakala pengguna sistem operasi Windows Phone dan Apple iOS biasany menghadapi masalah menghantar maklumat atau data ke telefon selain daripadanya.

Saya tidak menggalakkan anda melihat kepada jenama apabila membeli sebuat smartphone kerana kekuatan/populariti sesebuah jenama biasanya bergantung kepada iklan yang banyak, dan ini tidak semestinya bermaksud jenama tersebut baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan