Kursus tersebut telah diadakan di Pusat Latihan Kastam Sarawak (AKMAL) yang terletak lebih kurang 10 minit dari SMK Matang Jaya.
![]() |
En Azman memberi kata aluan |
Sepanjang kursus tersebut, kami didedahkan berkenaan perkara-perkara berkaitan dengan VTO, termasuk fungsi CIAST, Jabatan Pembangunan Kemahiran, dan keperluan kami mengambil kurus ini.
Selain daripada itu, intipati terpenting kursus ini adalah Bengkel Pembangunan WIM yang mana menyaksikan semua guru yang hadir perlu membangunkan / memperbaiki WIM yang telah sedia ada.
Proses pembangunan WIM dilihat sedikit sukar, namun setelah diterangkan dengan panjang lebar oleh penceramah, ianya berjaya diselesaikan. Sungguhpun demikian, pembangunan hanya satu bahagian WIM tersebut, termasuk mengambil masa yang agak lama.
![]() |
Melengkapkan tugasan yang diberi. |
Antara bahan yang perlu dibangunkan adalah:
- Kertas Kerja
- Kertas Maklumat
- Kertas Penerangan
- Rancangan Pengajaran (Amali)
- Rancangan Pengajaran (Teori)
Di akhir kursus tersebut, sesi temuduga telah dijalankan, dan setiap sesi berlansung selama 30-60 minit.
Kursus tamat pada hari Jumaat 14 Jun 2016.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan