Memaparkan catatan dengan label ict. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ict. Papar semua catatan

Selasa, 16 Ogos 2016

Kembali ke Makmal Komputer

Selepas hampir sebulan Makmal Komputer sekolah ditutup, akhirnya, minggu ini pelajar ICTL akhirnya boleh kembali ke makmal bagi meneruskan sesi praktikal kelas ICTL mereka.

Bahagian siling makmal yang telah dibaik pulih akibat kebocoran


Sebelum ini, makmal tersebut terpaksa ditutup atas faktor keselematan selepas didapati tangki air yang terletak di atas makmal tersebut bocor, dan menitis ke bawah.

Pelajar kini boleh kembali ke makmal

Keadaan ini dilihat kurang selamat kerana air tersebut boleh mengakibatkan renjatan elektrik, dan jika dibiarkan, ianya boleh mengakibatkan struktur siling makmal komputer menjadi lemah, dan berkemungkinan runtuh.

Selasa, 9 Ogos 2016

Berhenti menjadi Admin VLE Frog sekolah

Dengan pertambahan kerja di dalam kelas Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA), saya telah mula terpaksa melepaskan tugas-tugas lain yang berkaitan ICT di sekolah.

Antaranya adalah sebagai Guru Admin VLE Frog sekolah yang telah saya pegang selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Pelepasan jawatan ini (seperti juga pelantikannya), adalah tidak rasmi, namun dengan pihak PPD Padawan kini meminta sekolah mengusulkan nama guru Admin bagi VLE Frog bagi kehadiran kursus VLE Frog pada 22 Ogos kelak, saya telah mengambil kesempatan mencadangkan agar nama saya digugurkan.

Pengguguran nama ini adalah juga disebabkan saya tidak dapat menghadirkan diri di Kursus VLE tersebut, kerana dijadualkan ke Selangor, untuk menghadiri Bengkel Pembangunan Portfolio SKM Siri III anjuran BPTV.

Sememangnya pengantian saya sebagai Admin VLE telah lama dirancang sejak tahun lepas, dan CIkgu Faiza telah dilihat sebagai calon terbaik menggantikan saya.

Saya berharap bahawa CIkgu Faiza mampu menjalankan VLE Frog dengan jayanya, melebihi apa yang telah saya buat pada masa lalu.



Jumaat, 15 Julai 2016

Kajian berkenaan tahap kesedaran 'CyberSecurities' di sekolah

Pada hari Rabu lepas, saya telah ke Bahatian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak (BTPN Sarawak) untuk mengikuti Bengkel Pengisian satu kajian berkenaan isu keselamatan penggunaan teknologi di Sekolah.

Menurut penceramah, En Ismail, kajian tersebut adalah untuk menilai sama ada wujud keperluan untuk menambahkan intipati matapelajaran Teknologi Maklumat yang sebelum ini mengabaikan kes-kes berkaitan penipuan dan keselamatan, khususnya berkaitan penggunaan internet di kalangan pelajar.



Dalam pada itu, SMK Matang Jaya telah diarahkan meminta seramai 12 ibubapa dan 20 pelajar untuk menyertai kajian tersebut di mana pelajar perlu menyiapkan kajian tersebut sebelum pengakhiran bulan Julai 2016.

Bagi saya, ini adalah langkah positif kerana kes penipuan menggunakan internet, khususnya media sosial semakin menjadi pada masa kini, dan pelajar terutama sekali perlu didedahkan kepada elemen-elemen negatif ini agar mereka tidak terjebak pada kemudian hari.

Selasa, 4 Ogos 2015

Cara download video youtube/facebook dengan mudah

Pada zaman teknologi ini, memuat turun (download) video untuk tujuan pembelajaran adalah penting kerana video mampu mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran.

Sungguhpun demikian, memuat turun video tersebut memerlukan sedikit 'skill', dan itulah yang saya ingin kongsikan di sini.



Pada hemah saya,  menggunakan perisian (seperti di atas) untuk memuat turun video adalah merbahaya kerana kita perlu memasang (install) video tersebut pada komputer kita dan kadang-kadang, perisian tersebut membawa virus/malware yang berbahaya kepada komputer kita.

Oleh yang demikian,  penggunaan 'link' atau pautan untuk memuat turun sesuatu video adalah lebih selamat.  Caranya tidak susah dan link/URL tersebut anda boleh dapatkan seperti yang anda lihat di gambar bawah.



Selepas menyalin (copy) link tersebut, anda terus ke laman khas untuk memuat turun video tersebut.  Di sini, saya mencadangkan laman web http://www.downvids.net/, yakni salah satu laman yang saya sering gunakan.

Letakkan link tersebut pada ruangan tersedia seperti dibawah. Kemudian, tekan pada butang 'download' dan video anda akan mula dimuat turun.



Kaedah sama juga boleh digunakan untuk download video dari Facebook.

Berjaya? Kalau ya,  tahniah.  Jika tidak...  tinggalkan komen atau soalan anda dan saya akan membantu seberapa yang boleh.

p/s: Jika Link tersebut sudah tidak dapat digunakan lagi, anda cuma perlu membuat carian 'download youtube/facebook videos link'.

Jumaat, 10 Julai 2015

Pelan internet (dan telefon) terbaik untuk guru

Pada masa sekarang,  terdapat banyak pelan telekomunikasi di luar sana yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi Malaysia.  Nama-nama seperti Maxis, Celcom, Digi, Umobile dan banyak lagi adalah tidak asing lagi di kalangan semua.



Persoalannya kini bagi guru-guru dan pelajar adalah,  pelan manakah yang terbaik?

Di sini, biarlah saya merungkai sedikit ciri-ciri tentang pelan telekomunikasi yang baik. Antaranya ialah:
  1. Jumlah kuota internet yang banyak, dan tanpa had - Pada masa kini,  penggunaan aplikasi seperti Whatsapp, Wechat dan Telegram amat penting dari segi telekomunikasi. Aplikasi ini bukan sahaja memudahkan kita berkongsi maklumat, malahan bertukar gambar dan video. Oleh itu, pelan telekomunikasi yang baik mestilah mempunyai kuota internet yang besar, tanpa ada sekatan penggunaan. Kadangkala,  ada syarikat telekomunikasi yang menawarkan kuota internet yang besar, namun kuota tersebut dipecahkan mengikut masa dan hari,  seperti memberikan separuh daripada kuota tersebut pada hujung minggu, atau pada waktu lewat malam sahaja.  Perbuatan seperti ini tidak menguntungkan pengguna kerana pada masa tersebut, kita jarang akan menggunakan perkhidmatan tersebut. 
  2. Panggilan dan SMS percuma - Sudah menjadi kebiasaan syarikat telekomunikasi menawarkan panggilan dan SMS percuma.  Untuk memastikan anda mendapat nilai terbaik, pastikan anda membandingkan pelan mana yang menawarkan jumlah panggilan dan SMS yang terbanyak. Jika anda kerap membuat panggilan, pilihlah pelan yang mempunyai kadar SMS dan panggilan yang tinggi.  Juga untuk pengetahuan anda, panggilan menggunakan lain jenis prabayar (prepaid) biasana lebih mahal berbanding pelan-pelan pasca bayar (postpaid).
  3. Kadar komitmen bulanan yang rendah - Kadar komitmen bulanan adalah bayaran minimum yang dikenakan, samada anda menggunakan perkhidmatan tersebut atau tidak.  Sebaiknya, komitmen bulanan yang paling rendah adalah lebih baik. 
  4. Tiada kontrak - Syarikat telekomunikasi biasanya mahukan kita mengikat kontrak bersama perkhidmatan mereka. Bagi memastikan anda mahu mengikat kontrak bersama mereka, biasanya telefon pintar akan dibekalkan sdengan kontrak perkhidmatan pada kadar menarik.  Keburukan terikat dengan kontrak adalah anda tidak akan dapat menukar pelan anda apabila wujud pelan baharu yang lebih murah.  Ini merugikan anda, dan menguntungkan syarikat telekomunikasi.
  5. Liputan menyeluruh - Tiada gunanya mempunyai banyak SMS/panggilan/kuota internet yang banyak dan percuma, jika liputan syarikat telekomunikasi tersebut adalah tidak stabil dan buruk.  Mengikut pengalaman saya, Celcom mempunyai liputan rangkaian yang luas, namun perkhidmatan yang disediakan kadang kala tidak memuaskan. Maxis pula mempunyai liputan yang agak baik, tetapi harga yang dikenakan adalah agak mahal, dan Digi secara umumnya mempunyai liputan baik di bandar tetapi sukar dicapai di luar bandar.

Isnin, 3 November 2014

Apakah storan online jenis 'cloud' yang baik?

Pada masa kini, penggunaan storan atas talian, atau lebih dikenali sebagai storan 'cloud' semakin popular.  Oleh kerana ianya semakin popular, guru-guru dan pelajar harus mengetahui serba sedikit tentang storan cloud dan apa yang boleh dilakukan denganya.

APAKAH STORAN CLOUD?
Storan Cloud (cloud storage) adalah satu perkhidmatan penstoran data dimana data yang disimpan itu akan dijaga, diselenggara oleh pihak ketiga yang biasanya turut mengawal dan memiliki storan fizikal. Ianya biasanya dilakukan di atas talian, seperti di internet.  Contoh storan cloud yang popular pada masa kini adalah Dropbox dan Google Drive.



KELEBIHAN STORAN CLOUD
Dua kelebihan utama storan cloud adalah ianya boleh diakses di mana sahaja (asalkan ada talian internet), dan ianya menyukarkan penyebaran virus komputer.  Selain daripada itu, pengguna storan cloud juga boleh berkongsi dokumen/maklumat dengan banyak orang pada satu-satu masa, tanpa perlu berjumpa secara fizikal, sekaligus mempercepatkan pemindahan maklumat.

KEKURANGAN STORAN CLOUD
Kekurangan paling besar storan jenis cloud adalah dari segi pencapaian (akses), dimana penguna perlu sentiasa mempunyai capaian internet yang stabil untuk menggunakannya. Jika capaian internet pengguna cloud adalah tidak stabil, proses menyimpan maklumat, serta proses mengambil/download maklumat akan memakan masa.  Selain daripada itu, penggunaan storan cloud juga akan menggunakan kuota internet yang agak besar, jika fail yang disimpan bersaiz besar.  Pengguna storan cloud juga kena berhati-hati terhadap kegiatan godam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

KEGUNAAN STORAN CLOUD
Bagi saya, storan cloud sangat sesuai untuk menyimpan dokumen-dokumen pembelajaran yang berkaitan kerja.  Ini adalah kerana dokumen tersebut mudah dikongsi dengan rakan-rakan sekerja.  Selain daripada itu, ianya juga memudahkan saya mengakses dokumen tersebut di mana sahaja, tanpa risau akan serangan virus.  ini membolehkan saya menggunakan pencetak awam bagi mencetak dokumen penting.

STORAN CLOUD YANG DICADANGKAN
Saya telah menggunakan storan cloud Dropbox dan Google Drive secara percuma sehingga kini tanpa banyak masalah.






Isnin, 26 Mei 2014

Bagaimana memilih komputer/laptop

Sering saya ditanya apakah jenama komputer yang bagus dan baik untuk dibeli.  Sebenarnya, saya tidak dapat memberikan jenama komputer yang terbaik, walaupun pada amnya saya merasakan jenama ASUS memiliki ketahanan lebih berbanding jenama komputer lain.

Walaubagaimanapun, jika anda ingin membeli sebuah komputer, saya mencadangkan perkara-perkara berikut diberi perhatian:

JENIS PROSESSOR - Saya jarang menekankan jenis prosessor bagi komputer, tetapi jika anda mahu membuat rekaan dan illustrasi menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop, AutoCAD, atau membuat video, processor yang lebih lJu amatlah dicadangkan.  Jika anda hanya menaip, kelajuan processor tidak terlalu penting dan memadai anda mengambil processor biasa.

SAIZ RAM - RAM adalah satu komponen yang sangat penting di dalam kompute kerana semakin besar RAM komputer anda, semakin pantaslah anda dapat membuat kerja. Buat masa sekarang, saya cadangkan RAM sekurang-kurangnya 4GB. Untuk mengetahui fungsi RAM, sila ke sini.

SAIZ STORAN - Storan komputer yang besar membolehkan anda menyimpan lebih banyak maklumat.  Oleh itu, semakin besar saiz storan yang disediakan, semakin baguslah komputer anda. Terdapat banyak jenis storan pada masa kini, namun bagi saya, jenis storan tersebut tidak penting kerana perbezaan kelajuan storan tersebut tidak berapa dirasai.  Oleh itu, saya mencadangkan sekurang-kurangnya 500GB ruangan storan bagi komputer anda.

SAIZ KOMPUTER - Saya sering menggalakkan pembeli komputer riba (laptop) agar mengambil komputer yang mempunyai paparan bersaiz 13.3" - 14" sahaja.  Hal ini kerana laptop dengan saiz skrin tersebut membolehkan anda melakukan kerja dengan mudah kerana paparannya tidak terlalu kecil. Komputer bersaiz tersebut juga biasanya tidak terlalu besar untuk dibawa ke sana - sini. Selain saiz skrin, anda juga perlu melihat saiz dan berat laptop tersebut kerana laptop yang semakin besar dan berat   akan menyukarkan anda membawanya, sekaligus menyaksikan ianya mungkin menjadi beban kepada anda.


JENIS PERISIAN -  Pada masa kini, penggunaan perisian cetak rompak semakin sukar, dan oleh itu saya menggalakkan penggunaan perisian asli (original). Biasanya, pembelian perisian asli membabitkan kos yang amat tinggi, tetapi jika ianya telah sedia dipasangkan ke dalam komputer anda, kos tersebut menjadi kecil. Pastikan komputer anda mempunyai sistem operasi original seperti Microsoft Windows 10, dan perisian asas versi penuh (full version) seperti Microsoft Office. Elakkan perisian jenis cubaan (trial version).

KAEDAH PENGGUNAAN - Kaedah anda akan menggunakan komputer merupakan satu perkara penting yang perlu anda pertimbangkan apabila memilih komputer.  Jika anda akan menggunakan komputer untuk kerja pejabat dan asas seperti menaip sahaja, anda tidak perlu membeli komputer yang terlalu hebat, dan memadai anda membeli komputer yang mudah alih.  Jika anda akan menggunakan komputer untuk bermain permain komputer, membuat aturcara, rekaan grafik dan video, komputer yang lebih berkuasa, ataupun komputer desktop amatlah dicadangkan.

KOMPUTER YANG HARUS DIELAKKAN
Saya tidak menggalakkan pembelian komputer yang terlalu mahal (melebihi RM5,000) kerana ianya menjadi kelaziman bagi hampir semua orang untuk menukar komputer selepas 3-5 tahun komputer tersebut digunakan.

Dalam pada itu, saya juga tidak menggalakkan pembelian netbook (komputer riba dengan skrin bersaiz kurang 11") kerana ianya menyukarkan anda membuat kerja kerana paparan dan keyboardnya yang kecil. Ianya juga amat lemah, sekaligus mengakibatkan anda tidak boleh menggunakan banyak perisian.

Rabu, 9 April 2014

Antivirus apakah yang terbaik?

Persoalan berkenaan perisian antivirus (AV) sering sangat ditanya oleh guru-guru dan pelajar kepada saya.  Sebelum saya pergi lebih jauh, ada keperluan bagi anda memahami serba sedikit berkenaan virus komputer.

APAKAH VIRUS KOMPUTER?
Virus komputer datang dalam pelbagai bentuk dan jenis, namun secara umumnya, virus komputer boleh menyebabkan komputer anda menjadi kurang cekap (slow), menyebabkan maklumat peribadi anda dicuri, dan dalam kes-kes tertentu mengakibatkan kehilangan data/maklumat.

FUNGSI PERISIAN ANTIVIRUS (AV)
Semua perisian AV pada umumnya berfungsi dengan cara yang sama.  AV berfungsi menghalang kemasukan virus komputer, dan memadamkan virus komputer sebelum ianya berkesempatan memasuki sistem komputer anda.  Sesetengah AV juga bertindak membersihkan sistem yang telah diserang oleh virus komputer.  Secara analogi, AV adalah seperti doktor perubatan kepada komputer yang mana akan bertindak 'merawat' dan menghalang kemasukan virus komputer.



KENAPA AV GAGAL BERFUNGSI
Secara umumnya, semua AV perlu dikemaskini dari masa ke semasa bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik.  Jika AV anda tidak dikemaskini kepada senarai virus komputer yang terkini, kemungkinan untuk komputer anda dijangkiti sangat tinggi.  AV juga akan gagal berfungsi jika virus tersebut sangat baharu dan belum dikenalpasti oleh penulis kod AV.  Hal ini amat biasa berlaku, sekaligus mengakibatkan virus baharu mudah tersebar dengan cepat.  Anologi mudah adalah dengan membandingkan AV dengan seorang doktor perubatan. Doktor perubatan yang telah lama berkhidmat, tetapi tidak mengambil tahu akan penyakit baharu tidak akan mengenali simptom penyakit tersebut, dan sekaligus tidak dapat memberikan ubat kepada pesakit penyakit tersebut dengan jayanya.  Hal sama berlaku dengan AV yang tidak dikemaskini.  Jika AV anda tidak dikemaskini, virus baharu tidak akan dapat dikenalpasti, menyebabkan komputer anda mudah dicerobohi.



JADI APAKAH AV YANG TERBAIK?
Bagi saya, semua AV adalah sama baik, namun ada AV yang lebih berat dan membebankan komputer.  Pada masa kini, pengguna Sistem Operasi (OS) Microsoft Windows saya cadangkan menggunakan perisian AV hasil pembangunan Microsoft yang bernama Windows Defender.  Perisian Windows Defender adalah percuma dengan Microsoft Windows berlesen, dan ianya cukup untuk mempertahankan komputer anda daripada serangan virus komputer.  Jika anda tidak mahu menggunakan Windows Defender, saya mencadangkan perisian Avira AV yang dibekalkan secara percuma oleh pembuatnya. [ Download Windows Defender | Download Avira AV ]

APA YANG TIDAK SAYA GALAKKAN
Seboleh-bolehnya, jangan melakukan perkara berikut:

  1. Memasang dua perisian AV. Ianya akan melambatkan komputer anda
  2. Memasang AV, tetapi tidak mengemaskini AV tersebut
  3. Menggunakan AV yang sukar dibuang dan berat (uninstall) seperti Avast dan Kapersky kerana ia akan membebankan komputer anda, dan menyukarkan AV jenis lain dipasang.

Pengenalan kepada komputer

Istilah "Teknologi maklumat" muncul pada awal 70-an. Sepanjang abad ke-20, perhubungan antara pelbagai industri dan phak tentera telah ketara dengan begitu banyak pembangunan dalam sektor elektronik dan komputer.

Pembangunan kekuatan ketenteraan secara sejarahnya mendorong kepada motivasi dan inovasi di dalam bidang ketenteraan itu sendiri dan pengkomputeran.

Komputer komersial pertama adalah UNIVAC I. ini direka oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly bagi Biro Banci Amerika Syarikat.

Komputer pertama dunia - UNIVAC I (Gambar dari Wikipedia)

Sejak itu, empat generasi komputer telah berevolusi. Setiap generasi mencerminkan langkah yang memperlihatkan kecilnya saiz perkakasan(hardware) kemampuan PC yang semakin meningkat. Generasi pertama menggunakan balang vakum (vacuum tube), transistor digunakan kemudiannya dan ketiga litar bersepadu(integrated circuit), dan keempat litar bersepadu yang digunakan dalam sebuah cip tunggal(silicon chip).

Diakhir 70ant melihat kepada munculnya mikrokomputer, diikuti oleh komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Pada Saat ini, istilah Teknologi Maklumat telah mengembang dalam banyak aspek pengkomputeran dan teknologi.

Oleh sebab perkembangan komputer yang pantas, matapelajaran ICTL diperkenalkan di sekolah untuk membolehkan pelajar mengenali komputer dengan kegunaannya dengan lebih mendalam.

Pengenalan kepada komputer

Istilah "Teknologi maklumat" muncul pada awal 70-an. Sepanjang abad ke-20, perhubungan antara pelbagai industri dan phak tentera telah ketara dengan begitu banyak pembangunan dalam sektor elektronik dan komputer.

Pembangunan kekuatan ketenteraan secara sejarahnya mendorong kepada motivasi dan inovasi di dalam bidang ketenteraan itu sendiri dan pengkomputeran.

Komputer komersial pertama adalah UNIVAC I. ini direka oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly bagi Biro Banci Amerika Syarikat.

Komputer pertama dunia - UNIVAC I (Gambar dari Wikipedia)

Sejak itu, empat generasi komputer telah berevolusi. Setiap generasi mencerminkan langkah yang memperlihatkan kecilnya saiz perkakasan(hardware) kemampuan PC yang semakin meningkat. Generasi pertama menggunakan balang vakum (vacuum tube), transistor digunakan kemudiannya dan ketiga litar bersepadu(integrated circuit), dan keempat litar bersepadu yang digunakan dalam sebuah cip tunggal(silicon chip).

Diakhir 70ant melihat kepada munculnya mikrokomputer, diikuti oleh komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Pada Saat ini, istilah Teknologi Maklumat telah mengembang dalam banyak aspek pengkomputeran dan teknologi.

Oleh sebab perkembangan komputer yang pantas, matapelajaran ICTL diperkenalkan di sekolah untuk membolehkan pelajar mengenali komputer dengan kegunaannya dengan lebih mendalam.