Selasa, 9 Ogos 2016

Berhenti menjadi Admin VLE Frog sekolah

Dengan pertambahan kerja di dalam kelas Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA), saya telah mula terpaksa melepaskan tugas-tugas lain yang berkaitan ICT di sekolah.

Antaranya adalah sebagai Guru Admin VLE Frog sekolah yang telah saya pegang selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Pelepasan jawatan ini (seperti juga pelantikannya), adalah tidak rasmi, namun dengan pihak PPD Padawan kini meminta sekolah mengusulkan nama guru Admin bagi VLE Frog bagi kehadiran kursus VLE Frog pada 22 Ogos kelak, saya telah mengambil kesempatan mencadangkan agar nama saya digugurkan.

Pengguguran nama ini adalah juga disebabkan saya tidak dapat menghadirkan diri di Kursus VLE tersebut, kerana dijadualkan ke Selangor, untuk menghadiri Bengkel Pembangunan Portfolio SKM Siri III anjuran BPTV.

Sememangnya pengantian saya sebagai Admin VLE telah lama dirancang sejak tahun lepas, dan CIkgu Faiza telah dilihat sebagai calon terbaik menggantikan saya.

Saya berharap bahawa CIkgu Faiza mampu menjalankan VLE Frog dengan jayanya, melebihi apa yang telah saya buat pada masa lalu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan