Jumaat, 10 Julai 2015

Pelan internet (dan telefon) terbaik untuk guru

Pada masa sekarang,  terdapat banyak pelan telekomunikasi di luar sana yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi Malaysia.  Nama-nama seperti Maxis, Celcom, Digi, Umobile dan banyak lagi adalah tidak asing lagi di kalangan semua.



Persoalannya kini bagi guru-guru dan pelajar adalah,  pelan manakah yang terbaik?

Di sini, biarlah saya merungkai sedikit ciri-ciri tentang pelan telekomunikasi yang baik. Antaranya ialah:
  1. Jumlah kuota internet yang banyak, dan tanpa had - Pada masa kini,  penggunaan aplikasi seperti Whatsapp, Wechat dan Telegram amat penting dari segi telekomunikasi. Aplikasi ini bukan sahaja memudahkan kita berkongsi maklumat, malahan bertukar gambar dan video. Oleh itu, pelan telekomunikasi yang baik mestilah mempunyai kuota internet yang besar, tanpa ada sekatan penggunaan. Kadangkala,  ada syarikat telekomunikasi yang menawarkan kuota internet yang besar, namun kuota tersebut dipecahkan mengikut masa dan hari,  seperti memberikan separuh daripada kuota tersebut pada hujung minggu, atau pada waktu lewat malam sahaja.  Perbuatan seperti ini tidak menguntungkan pengguna kerana pada masa tersebut, kita jarang akan menggunakan perkhidmatan tersebut. 
  2. Panggilan dan SMS percuma - Sudah menjadi kebiasaan syarikat telekomunikasi menawarkan panggilan dan SMS percuma.  Untuk memastikan anda mendapat nilai terbaik, pastikan anda membandingkan pelan mana yang menawarkan jumlah panggilan dan SMS yang terbanyak. Jika anda kerap membuat panggilan, pilihlah pelan yang mempunyai kadar SMS dan panggilan yang tinggi.  Juga untuk pengetahuan anda, panggilan menggunakan lain jenis prabayar (prepaid) biasana lebih mahal berbanding pelan-pelan pasca bayar (postpaid).
  3. Kadar komitmen bulanan yang rendah - Kadar komitmen bulanan adalah bayaran minimum yang dikenakan, samada anda menggunakan perkhidmatan tersebut atau tidak.  Sebaiknya, komitmen bulanan yang paling rendah adalah lebih baik. 
  4. Tiada kontrak - Syarikat telekomunikasi biasanya mahukan kita mengikat kontrak bersama perkhidmatan mereka. Bagi memastikan anda mahu mengikat kontrak bersama mereka, biasanya telefon pintar akan dibekalkan sdengan kontrak perkhidmatan pada kadar menarik.  Keburukan terikat dengan kontrak adalah anda tidak akan dapat menukar pelan anda apabila wujud pelan baharu yang lebih murah.  Ini merugikan anda, dan menguntungkan syarikat telekomunikasi.
  5. Liputan menyeluruh - Tiada gunanya mempunyai banyak SMS/panggilan/kuota internet yang banyak dan percuma, jika liputan syarikat telekomunikasi tersebut adalah tidak stabil dan buruk.  Mengikut pengalaman saya, Celcom mempunyai liputan rangkaian yang luas, namun perkhidmatan yang disediakan kadang kala tidak memuaskan. Maxis pula mempunyai liputan yang agak baik, tetapi harga yang dikenakan adalah agak mahal, dan Digi secara umumnya mempunyai liputan baik di bandar tetapi sukar dicapai di luar bandar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan