Isnin, 3 November 2014

Apakah storan online jenis 'cloud' yang baik?

Pada masa kini, penggunaan storan atas talian, atau lebih dikenali sebagai storan 'cloud' semakin popular.  Oleh kerana ianya semakin popular, guru-guru dan pelajar harus mengetahui serba sedikit tentang storan cloud dan apa yang boleh dilakukan denganya.

APAKAH STORAN CLOUD?
Storan Cloud (cloud storage) adalah satu perkhidmatan penstoran data dimana data yang disimpan itu akan dijaga, diselenggara oleh pihak ketiga yang biasanya turut mengawal dan memiliki storan fizikal. Ianya biasanya dilakukan di atas talian, seperti di internet.  Contoh storan cloud yang popular pada masa kini adalah Dropbox dan Google Drive.



KELEBIHAN STORAN CLOUD
Dua kelebihan utama storan cloud adalah ianya boleh diakses di mana sahaja (asalkan ada talian internet), dan ianya menyukarkan penyebaran virus komputer.  Selain daripada itu, pengguna storan cloud juga boleh berkongsi dokumen/maklumat dengan banyak orang pada satu-satu masa, tanpa perlu berjumpa secara fizikal, sekaligus mempercepatkan pemindahan maklumat.

KEKURANGAN STORAN CLOUD
Kekurangan paling besar storan jenis cloud adalah dari segi pencapaian (akses), dimana penguna perlu sentiasa mempunyai capaian internet yang stabil untuk menggunakannya. Jika capaian internet pengguna cloud adalah tidak stabil, proses menyimpan maklumat, serta proses mengambil/download maklumat akan memakan masa.  Selain daripada itu, penggunaan storan cloud juga akan menggunakan kuota internet yang agak besar, jika fail yang disimpan bersaiz besar.  Pengguna storan cloud juga kena berhati-hati terhadap kegiatan godam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

KEGUNAAN STORAN CLOUD
Bagi saya, storan cloud sangat sesuai untuk menyimpan dokumen-dokumen pembelajaran yang berkaitan kerja.  Ini adalah kerana dokumen tersebut mudah dikongsi dengan rakan-rakan sekerja.  Selain daripada itu, ianya juga memudahkan saya mengakses dokumen tersebut di mana sahaja, tanpa risau akan serangan virus.  ini membolehkan saya menggunakan pencetak awam bagi mencetak dokumen penting.

STORAN CLOUD YANG DICADANGKAN
Saya telah menggunakan storan cloud Dropbox dan Google Drive secara percuma sehingga kini tanpa banyak masalah.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan