Isnin, 26 Mei 2014

Bagaimana memilih komputer/laptop

Sering saya ditanya apakah jenama komputer yang bagus dan baik untuk dibeli.  Sebenarnya, saya tidak dapat memberikan jenama komputer yang terbaik, walaupun pada amnya saya merasakan jenama ASUS memiliki ketahanan lebih berbanding jenama komputer lain.

Walaubagaimanapun, jika anda ingin membeli sebuah komputer, saya mencadangkan perkara-perkara berikut diberi perhatian:

JENIS PROSESSOR - Saya jarang menekankan jenis prosessor bagi komputer, tetapi jika anda mahu membuat rekaan dan illustrasi menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop, AutoCAD, atau membuat video, processor yang lebih lJu amatlah dicadangkan.  Jika anda hanya menaip, kelajuan processor tidak terlalu penting dan memadai anda mengambil processor biasa.

SAIZ RAM - RAM adalah satu komponen yang sangat penting di dalam kompute kerana semakin besar RAM komputer anda, semakin pantaslah anda dapat membuat kerja. Buat masa sekarang, saya cadangkan RAM sekurang-kurangnya 4GB. Untuk mengetahui fungsi RAM, sila ke sini.

SAIZ STORAN - Storan komputer yang besar membolehkan anda menyimpan lebih banyak maklumat.  Oleh itu, semakin besar saiz storan yang disediakan, semakin baguslah komputer anda. Terdapat banyak jenis storan pada masa kini, namun bagi saya, jenis storan tersebut tidak penting kerana perbezaan kelajuan storan tersebut tidak berapa dirasai.  Oleh itu, saya mencadangkan sekurang-kurangnya 500GB ruangan storan bagi komputer anda.

SAIZ KOMPUTER - Saya sering menggalakkan pembeli komputer riba (laptop) agar mengambil komputer yang mempunyai paparan bersaiz 13.3" - 14" sahaja.  Hal ini kerana laptop dengan saiz skrin tersebut membolehkan anda melakukan kerja dengan mudah kerana paparannya tidak terlalu kecil. Komputer bersaiz tersebut juga biasanya tidak terlalu besar untuk dibawa ke sana - sini. Selain saiz skrin, anda juga perlu melihat saiz dan berat laptop tersebut kerana laptop yang semakin besar dan berat   akan menyukarkan anda membawanya, sekaligus menyaksikan ianya mungkin menjadi beban kepada anda.


JENIS PERISIAN -  Pada masa kini, penggunaan perisian cetak rompak semakin sukar, dan oleh itu saya menggalakkan penggunaan perisian asli (original). Biasanya, pembelian perisian asli membabitkan kos yang amat tinggi, tetapi jika ianya telah sedia dipasangkan ke dalam komputer anda, kos tersebut menjadi kecil. Pastikan komputer anda mempunyai sistem operasi original seperti Microsoft Windows 10, dan perisian asas versi penuh (full version) seperti Microsoft Office. Elakkan perisian jenis cubaan (trial version).

KAEDAH PENGGUNAAN - Kaedah anda akan menggunakan komputer merupakan satu perkara penting yang perlu anda pertimbangkan apabila memilih komputer.  Jika anda akan menggunakan komputer untuk kerja pejabat dan asas seperti menaip sahaja, anda tidak perlu membeli komputer yang terlalu hebat, dan memadai anda membeli komputer yang mudah alih.  Jika anda akan menggunakan komputer untuk bermain permain komputer, membuat aturcara, rekaan grafik dan video, komputer yang lebih berkuasa, ataupun komputer desktop amatlah dicadangkan.

KOMPUTER YANG HARUS DIELAKKAN
Saya tidak menggalakkan pembelian komputer yang terlalu mahal (melebihi RM5,000) kerana ianya menjadi kelaziman bagi hampir semua orang untuk menukar komputer selepas 3-5 tahun komputer tersebut digunakan.

Dalam pada itu, saya juga tidak menggalakkan pembelian netbook (komputer riba dengan skrin bersaiz kurang 11") kerana ianya menyukarkan anda membuat kerja kerana paparan dan keyboardnya yang kecil. Ianya juga amat lemah, sekaligus mengakibatkan anda tidak boleh menggunakan banyak perisian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan